Keluaran dan sambutan Hijau_(lagu_Zainal_Abidin)

"Hijau" dikeluarkan sebagai single pertama album Zainal Abidin dan mendapat sambutan.[1] Lagu ini menjadi salah satu lagu Melayu terbaik pada 1990-an serta menjadi lagu tandatangan Zainal Abidin dan terus menjadi siulan ramai sehingga kini.[1]

Lagu ini juga menjadi lagu pertama yang disiarkan di Era FM semasa stesen radio itu memulakan siarannya pada 1 Ogos 1998. "Hijau" juga digunakan dalam rancangan dokumentari Rimba Warisan Kita terbitan TV Pendidikan.[2]